Saya terpanggil untuk mengemukakan aduan berkenaan tahap pengawalan dan penguatkuasaan undang-undang jalanraya terutamanya kemasukan kenderaan-kenderaan berat terutamanya lori yang dilihat sebagai ‘masalah’ yang amat membimbangkan pada kesesakan jalanraya yang sangat teruk terutamanya di kawasan lembah klang dan di jalan-jalan persekutuan lain malah di lebuhraya yang menjadi jalan pengangkutan utama kebanyakan warga untuk ulang alik ke pejabat.
Saya adalah seorang penunggang motorsikal, malah saya sendiri melihat beberapa perkara yang menjadi punca kepada masalah kesesakan jalanraya ini. Tabiat pemandu kenderaan yang sering menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu perlahan di lorong laju, tidak memberi lampu isyarat untuk menukar lorong atau memasuki simpang. Inilah antara punca mengapa jalanraya kita selalu sahaja ‘JEM’. Apabila hari hujan penunggang motorsikal yang ingin berteduh tiada tempat yang khusus atau kalau ada pun terlalu sempit. Si lori pula, dah la besar ‘gedabak’BACA: Worst Ticketing System at Shah Alam Bus Terminal Seksyen 17
Bertapa bahayanya kepada penunggang-penunggang motorsikal yang kebanyakannya membonceng isteri malah ada yang mahu menghantar anak ke sekolah. Sepatutnya perkara ini bukan lagi masalah baru tetapi sejak dahulu lagi penguatkuasaan ini telah dibuat. Tetapi apa yang berlaku sekarang? adakah semuanya hanya ‘lepas tangan’ atau ‘melepaskan tengkuk sendiri’. Belum jadi masa ni kena beringat. bukan dah jadi baru nak tengadah. Saya bercakap bukan kerana saya sebagai penunggang motorsikal, tetapi hanya pemandu kenderaan lain yang ‘pernah’ merasai pengalaman menunggang di jalanraya Malaysia tahu risikonya.
Saya sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam menilai apa yang dilihat saya mempunyai beberapa teguran dan cadangan yang perlu dilihat oleh semua pihak yang terlibat :
1. Perkasakan penguatkuasaan peraturan kenderaan berat keluar di waktu puncak di SEMUA laluan tumpuan.
2. Penguatkuasaan penggunaan lampu signal, larangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan beberapa perkara ‘remeh’ lain yang melibatkan nyawa.BACA: Ulat Tiket Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Biadap & Menyusahkan
3. JIka melibatkan penggunaan lebuhraya, disarankan pihak konsesi tol dapat memikirkan alternatif untuk bendung masalah-masalah ini. Contohnya di Tol Shah Alam setiappp pagi sejak bertahun-tahun tidak pernah selesai masalah ‘ibarat lembu keluar kandang’. Selepas saja ambil tiket siaplah nak mengadap ‘flow’ yang memeningkan kepala. Lori-lori besar bersimpang siur dari kiri ke kanan malah ada yang jenis tak bertanggungjawab pentingkan diri sendiri memotong ikut laluan kanan yang menjadikan keadaan lebih tidak terkawal.
Harapan besar pihak yang berwajib atau semua pemegang taruh terlibat tolonglah bantu sekurang-kurangnya kurangkan ‘ketegangan’ rakyat dalam permasalahan yang walaupun remeh tetapi membawa kesan besar dalam kehidupan seharian.
Terima kasih.Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan