Saya ingin melaporkan berhubung perkara tajuk. Saya adalah anak jati Tanjong Malim, Perak merangkap Penasihat Persatuan Kebajikan Komuniti Islam, Kampong Simpang Empat, Tanjong Malim ada mengusahakan 8 unit chalet di pinggiran Sungai Bernam, Tanjong Malim. Pada 19 Ogos 2019, penduduk Kampong Simpang Empat melaporkan kepada saya bahawa pemaju perumahan di Taman Bernam, Tanjong Malim sedang melakukan kerja-kerja mengorek tanah untuk membina saliran dari projek perumahan mereka menghala ke Sungai Bernam (A1 – A12).
Pada 20 Ogos 2019, saya telah mengarahkan salah seorang penduduk kampung untuk membuat laporan polis kerana saya sedang bertugas di Kuala Lumpur (B1). Aduan juga telah dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (C1). Kami juga telah melapor kepada Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Batang Padang. BACA: Kerana Musang King, Penduduk Raub Terputus Bekalan Air
Untuk makluman, Sungai Bernam adalah sebuah sungai yang sangat sentimental bagi penduduk setempat kerana keindahan dan kebersihannya dan telah sekian lama menjadi punca air semulajadi. Di sepanjang sungai terdapat beberapa chalet, resort dan kemudahan riadah yang lain yang menjadi tarikan terutama kepada pelancong tempatan. Saya adalah salah seorang pengusaha chalet di pinggiran sungai tersebut. Sungai Bernam juga terkenal dengan spesis ikan Sebarau, Kelah, Baung dan lain-lain ikan yang jarang ada di sungai lain. Saya hairan bagaimana kelulusan boleh diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sedangkan kawasan tersebut telah diisytiharkan sebagai kawasan Eko-Pelancongan oleh pihak MDTM.
Selain kolam pembentungan/tadahan, pihak pemaju juga sedang membina tangki septik yang besar. Pada 30 Ogos 2019, air kotor berlumpur dari kerja-kerja mereka telah disalirkan ke Sungai Bernam mengakibatkan air sungai menjadi kotor kekuningan dan berlumpur (D1 – D7). Saya telah mendapatkan salinan surat kelulusan (E1 – E2) dan pelan kerja (F1) dari salah seorang pekerja pemaju di lokasi.BACA: Aduan Isu Alam Sekitar Benteng Pantai Kelanang, Kuala Langat
Saya mewakili diri saya sendiri selaku pengusaha chalet dan penduduk Kampung Simpang Empat merangkap Penasihat Persatuan Kebajikan Komuniti Islam, Kampong Simpang Empat, Tanjong Malim mengharapkan bantuan khidmat sosial /masyarakat dari pihak TV3 untuk melapor dan menyiarkan masalah yang kami hadapi agar ia dapat dibendung sebelum terlambat. Kami dapat menghidu sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Untuk pengetahuan tuan/puan, chalet yang saya bina adalah sebagai usaha dan bekalan sebelum bersara 2 tahun lagi dari perkhidmatan tentera udara.
Sekian, terima kasih.
Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan