Ulat tiket pasti terdapat di mana-mana stesen bas selain Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang telah menggabungkan semua perkhidmatan dalam satu sistem.
Antara pengalaman saya sebagai pengguna bas ialah sering terserempak dengan ulat tiket yang bersepah setiap kali berjalan menuju ke stesen bas. Hal ini bukan sahaja menyusahkan pengguna malah kes tipu kerap terjadi sehingga warga emas dan OKU turut menjadi mangsa.
Pengguna yang mengelak dan menolak tawaran ulat tersebut pasti menjadi mangsa makian beramai-ramai. Sebagai lelaki saya pasti berdaya untuk membalas makian tersebut sehingga boleh mencetus pertumbukan, tetapi bagi perempuan hanya mampu mendengar makian tersebut sehingga menangis.
Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan