Isu mengenai benteng Pantai Kelanang, Kuala Langat telah lama diajukan kepada pihak berwajib. Namun kini dah berlalu setahun tiada tindakkan. Hakisan semakin parah. Jalan berturap yang dulu dibina, telah rosak dan dihakis ombak pantai.
Lagi dengan cuaca hujan sekarang, ombak pantai semakin kuat dan hakisan semakin teruk. Mohon satu liputan mengejut dibuat agar pihak berwajib ambil tindakkan segera.
BACA: Aktiviti Cement Batching Plant di Mutiara Bukit Jalil
Ini bukan soal parti yang memerintah. Ini kepentingan penduduk di Kampung Pantai Kelanang. Isu ini sudah lama kami bangkitkan agar tindakan segera diambil. Namun tiada apa-apa pun tindakan diambil. Kami kecewa seolah-olah perkara hakisan pantai macam tidak penting bagi mereka.
Adakah sehingga melibatkan kehilangan nyawa baru mahu bertindak? Bagaimana pula dengan isu alam sekitar?
BACA: Sikap Konsesi Lebuhraya (LEKAS) Tidak Bertanggungjawab
Diharap pihak Tuan/Puan dapat bantu kami penduduk Kampung Pantai Kelanang yang ingin keselamatan, keindahan pantai dan baik pulih segera sebelum hakisan lebih teruk.
Terima kasih atas keprihatinan pihak Tuan/Puan.
Wakil penyampai aduan dan suara penduduk Pantai Kelanang, Kuala langat.
Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan