Assalamualaikum/ selamat sejahtera.
Saya adalah pembeli rumah di Taman Gopeng Perdana, Gopeng Perak. Di sini saya ingin membuat aduan berkenaan projek perumahan ini yang begitu lambat dilaksanakan. Projek ini mengambil masa hampir 5 tahun untuk disiapkan.
Untuk maklumat pihak tuan, kami sebagai pembeli telah melakukan pembayaran ke atas rumah ini selama lebih daripada 2 tahun. Namun, sehingga hari ini kami masih belum lagi mendapat kunci rumah ini.BACA: Projek Rumah Terbengkalai di Taman Seri Molek Perdana, Plentong
Selain itu, projek perumahan ini hampir siap, namun keadaan rumah sangat-sangat mengecewakan.
Oleh itu, kami mohon pihak tuan agar dapat membangkit isu ini kepada pihak atasan agar kami sebagai pembeli mendapt hak yang sepatutnya.
Segala keprihatinan dan keutamaan drp pihak tuan amat saya hargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.BACA: Masalah Projek Perumahan Taman Desa Anjung Putra, Sg Merab
Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan