Kecuaian yang biasa atau normal dalam kehidupan adalah kecil yang boleh kita terima atas alasan di berikan dengan mudah memohon maaf. Saya redo apa yang berlaku ia satu dugaan.
Kehilangan orang yang di sayangi adalah sukar jikalau di ikutkan hati manusia. Saya kehilangan isteri dan anak sulung semasa bersalin dengan perkhidmatan ambulan tiada di Klinik Kesihatan Manong terpaksa mengunakan pertolongan kawan tujuan menghantar arwah isteri ke hospital keadaan panik.
Dalam jagaan 2 jam di Hospital Kuala Kangsar, ketumban dan darah pecah di katil wad meyebabkan arwah anak saya lemas dan meninggal dunia, isteri saya dibawa pula ke Hospital Pakar Taiping kerana pedarahan teruk hingga darah banyak kehabiasan di Hospital Kuala Kangsar. Isteri saya meninggal keesokkan harinya. Dokumen mencatatkan keraguan pada masa kematian arwah anak ada dua masa berbeza sedangkan doktor mengesahkan mati dalam kandungan dan berbagai lagi kecuaian hospital di mana kemesraan terhadap pelanggan, infomasi dan kualiti sistem pengurusan.
Persoalannya mengapa layanan orang miskin di kelas2kan hinggakan cagaran wang pendahuluan bagi cagaran wad umpama menempah katil wad dulu kerana mungkin takut golongan ini tidak membayarnya.
Kemudahan terbaik dalam kesihatan perlu di majukan kerana Kuala Kangsar adalah bandar diraja serta ramai yang memerlukan perkhidmatan kesihatan yang terbaik .Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan