Saya En. Liong ingin mengadukan masalah bau busuk kesan daripada air perahan daripada lori sampah yang dilepaskan ke atas jalan perumahan di Jalan Makmur 3/3, Serdang Heights, 43300, Seri Kembangan. Kes ini telah lama dilakukan oleh pihak pemandu lori sampah terutamanya ketika menuruni bukit. Ini telah menyebabkan air perahan tersebut mengalir disepanjang jalan.
Dalam pada itu, bau busuk air perahan sampah ini telah menyebabkan masalah bau yang amat tidak menyenangkan semua penduduk di taman perumahan ini. Berdasarkan maklumat, air perahan sampah ini boleh mengandungi banyak kuman dan virus yang amat merbahayakan kesihatan orang ramai disamping menyebabkan berlakunya masalah sebarang penyakit yang merbahaya.
Justeru itu, adalah dimohon pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera dan sewajarnya bagi mengelakkan masalah ini berulang.
Sekian, terima kasih.Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan